58 ) Wishing Good Luck

Okay zaim nk wish Good luck to all pmr victims hehe, especially tu all my best friend, Ilyas,Nabil,yana,Amir,Aiman,Ain,Capik,Tasha,Jasmine,Adam,Muiz,Fauzan,Syahmi,Ifzam,aaaa...Ainul,Qila,Shafiqah,Syamim,Syafira,Syamira,Fatin,Rabiatu,and all my friend in facebook and twitter.hehe.Hopefully kau org Banyak Doa,berserah kepada Allah,ape yg kite beruasah yg tu la yg Allah akan kasi, Ape2 pon dia bagi mmg kena bersyukur kan.Segala2nya dah ditentukan..hikhik zaim plan masa nk pergi ambil tu nk check through sms same at the same time dah tgk result then baca msg hehehe.. !!! so any way Good Luck Untuk besok !! jgn cemburu dan dengki dgn kawan kite yg cemerlang tu ekk !! sekadar ingatkn je.

57) Mine Gadget

If u think i gonna show off through this post ?? eyucks forget it i won do that.Every one could effort to buy this all such gadget righ ?? as i can.I want to share that those gadget is making me easy to connect social nertworking as Facebook and Twitter.






One of the two gadget which belong to me is Blackberry, i would like to say Thank u so much to whom that created this blacberry, its is truely awesome !! Why i say its awesome ?? becoz anywhere we go we still connect to Blacberry internet service.mean ?? its mean we can facebooking and tweeting. hehe actually that what i always did with this two gadget.Blackberry Bold 9900 just Click.




                                    ***********






Another one is XPERIA,sony xperia with smart android 2.3 is making it super duper Cool !!.hehe =).wuhuu suddenly i just think that i want to write thiss all out !! this phone i could fill its with awesome 3d game, like what on psp vita la.Aslo its has a HD camera which raise my spirit up to bought xperia.For futher information about this two phone just klik here,Sony Xperia



\


So that's all for right now,may uols obtain any information and knowlodge.Hopefully.


                                











56 ) Tips Untk Lupekan SomeOne

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun.
Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe
Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.
1)   Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.
Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe
2)   Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.
Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..
3)   Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.
Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.
4)   Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.
Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe
5)   Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.
Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..
Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya..  “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. :) Sekian.

55) My top Dec Songs !!

Well everyone have thier own taste and fav song, why don't i share my fav song that i most played on this month with u alls Right.??? mostly my song from Adele,Salena Gomez, Maroon 5.So this its is..
  

                                                     
Adele
  2 song combined in one video, By Glee ( ADELE someone like u and rumors has it )
  http://www.youtube.com/watch?v=qb7zjKkLCoQ&ob=av2e


                                           
Salena Gomez
http://www.youtube.com/watch?v=BzE1mX4Px0I&ob=av2e ( Who Says )
http://www.youtube.com/watch?v=a_YR4dKArgo&ob=av3e ( Naturally )
http://www.youtube.com/watch?v=EgT_us6AsDg&feature=relmfu ( Love u like a song )
http://www.youtube.com/watch?v=8c2ahBlTPz0 ( Hit the Ligths )


                                   
Maroon 5 
http://www.youtube.com/watch?v=ADmCFmYLns4 ( Nver Gonna Leave This Bed )
http://www.youtube.com/watch?v=iEPTlhBmwRg ( Move Like Jagger )

54) Alam Maya Dan Alam Realiti

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..

Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

                     

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata.. 

53 ) Aurat je mcm2 Alasan

Jawapan dari perempuan:
  • Hati tak ikhlas lagi.belum dapat hidayah.camne nk pakai..bukan leh paksa2 bende ni
  • Nampak tak cantik tak comel..saya nampak lebih cantik tertarik bila tak pakai tudung
  • leceh lah nk belit2 dan ikat kt kepala tu..lagi pun tak reti lah camne nk pakai
  • tak pakai tudung senang nak buat kerja tak panas..well malaysia ni panas lah camne nk pakai tudung
  • Ibu saya dan adik beradik saya tak pakai tudung...dari kecik takde org ajar..huhu
  • kolot lah tak nampak moden..hello kita bukan dok dalam gua k
  • Ala tengok dorang yg pakai tudung pun buat maksiat gak..kapel2 sini sana..khalwat sini sana..isk2.
Jawapan dari lelaki:
  • Aku pakai suar pendek dalam dorm ni bukan ape..angin masuk lebih..kata seorang rakan kepada rakan sebiliknya
  • Bila pakai suar pendek lebih senang nak lari time main bola/badminton/takraw..jadi laju mcm ferrari etc
  • Time bersukan panas...peluh senang nk kuar kalau pakai suar pendek..erk
  • Sy follow fashion terkini
Tutup aurat ni bukan kena ikhlas ke tak ikhlas dulu tapi ini adalah kewajipan..jadi memang wajib...yup memang tak dinafikan..nak tutup aurat ni memang berat terutamanya bagi pompuan..kenapa jadi berat?sbb mereka rasa terpaksa..rasa terpaksa sebab kengkawan suruh..mak suruh..cikgu suruh..tutup lah aurat sebab tuhan yang suruh...insyallah tak rasa berat dan susah..insyallah hati akan tenang dan gembira..tengok irma hasmi pun dh pakai tudung.takde sape suh pun..hehe..sama2 lah kita doa kat dia agar kekal

Pakai tudung nampak tak cantik??cantik di mata manusia sahaja..bagaimana di mata ALLAH.s.wt??..Seindah-indah hiasan di dunia adalah wanita yang solehah..bagi yang sudah berkahwin untuk apa tunjukkan semua kecantikan itu utk org lain?bagi yang belum berkahwin adakah kecantikan itu untuk menarik perhatian lelaki..



                                  
Jangan lah memakai tudung kerana
  • gaya,meniru artist2 dan terasa cantik bila tgk model majalah pakai tudung.
  • terpaksa memakai tudung kerana keluarga mereka semua memakai tudung
  • memakai tudung hanya kerana sekolah mewajibkan memakai tudung
  • couple/pakwe/makwe/gerek/boypren/bakalsuami/suruh pakai tudung.
  • ni khas untuk yg ada restoran:pakai tudung sebab takut rambut masuk dalam masakan
Ada lagi alasan? meh tambah lagi hehe
Dari segi positif plak cuba pikir..kalau korang tengah tutup aurat elok...nak buat maksiat pun rasa segan kan..tapi tak dpt dinafikan ada yang pakai tudung tapi tak segan silu mengedik-gedik ngn pasangan bukan muhrim di tepi tasik lah lah..kalau tak malu kepada manusia pun atleast malu lah pada tuhan.aku yakin yang golongan ni pakai tudung kerana terpaksa atau sebab kengkawan pakai...korang pernah nmpak tak org pakai tudung masuk kelab malam..takde kan hehehe,,kalau ade g tau aku cepat hehe
Dengan menutup aurat kita dapat bezakan antara yang bukan muslim dan non muslim..ini tengok muka mcm owang putih tapi islam hehehe..jadi ini sebagai penanda aras bagi org lain bahawa kita org islam
Dengan menutup aurat kita dapat menjaga maruah diri..kalau ikut statistik mereka yang bertudung jarang kena rogol..itu adalah fakta..
P.S Pakai tudung walaupun terpaksa itu lebih baik dari tak pakai tudung....pakai tudung dengan ikhlas kerana ALLAH.s.w.t itu lebih baik dari memakai tudung kerana terpaksa
P.S Pasal pakai tudung baju ketat lah, bonjol sana sini itu aku sentuh lain kali lah hehehehe

52) Suara Siamang Kalahkan Ning Baizura

oops...adakah anda semua terkejut? ehehehe... ini adalah SIAMANG.atau nama scientifik dia Symphalangus syndactylus.. hehe tergeliat baca.. entry ni adalah berkaitan kes siamang jantan gigit dua budak kt zoo melaka semalam..  
   
                            
dengar suara dia ni link korg Klik la sendiri http://www.youtube.com/watch?v=k3cD1Nd302k

51) Manusia Takut Hantu ? atau Hantu takut manusia ?

Kenapa manusia takut kat hantu??

Kalau dengar orang cerita pasal hantu je mesti meremang bulu roma kan?..napa jadi macam tu??kalau tengok cerita hantu kat TV plak, mesti stanby bantai bantal sebiji depan muka..kalau yang perempuan plak bawak kuar la segala teddy bear, pocoyo, pingu yang ada untuk nak tutup muka..Mengikut hantu dalam TV lah, muka hantu mestilah menakutkan, pakai baju putih, rambut panjang, kuku panjang (sapa rsa kuku dia dah panjang tu bole potong la, hari jumaat sunat tau..free ja pahala dapat), mata merah......dan sebagainya lah..tapi dia pon makhluk Allah gak...kan kan kan...tapi aku pon takut gak...pelik la..napa takut ea?? penah dengar hantu lari melihat manusia?..tak pon dalam surat khabar ke "Pak cik Ali dapat menakutkan hantu hingga menangis teresak-esak"

Selalunya hantu tu datang takut-takutkan manusia dengan muka yang pelik-pelik, pakai contect lens colour merah ang ang,then bila orang takut,dia blah, lari laju-laju...sambil menjerit..argghhhhh...lepas tu hantu tu wat pe????..dia rasa best ke?dalam hati hantu tu cakap "yes! aku dapat takut kan manusia..hik3 *gelak comel"....macam tu?apa yang dia dapat?? Cuba nanti, sapa-sapa yang dapat jumpa hantu kan, gi tanya..apa yang dia dapat dari takut-takut kan manusia ni..dapat hadiah "HANTU PALING MENGERIKAN" dari ABPH ke??..dapat duit?dpt pujian dr hantu yg lain?? 

Jadi aku rasa memang betul ckp org tua2..kalau nampak apa2 jgn tegur..kalau nampak pun wat dunno je..wat slumber je mcm tak nampak...so secara automatik hantu tu akan pelik hingga dia takut ngn kita plak hehe..maybe dia akan ckp dlm hati "Biaq betui dia tak takut kt aku..tak cukup hodoh ke muka aku nie huhuhuhu..sedeh2" eh hantu ni ckp utaqa plak hehe...

Kalau dalam TV, part-part yang hantu kuar mesti dalam gelap je...elok orang bukak lampu, hantu tu hilang...kan kan kan..kenapa yer?? so, ramai la penakut-panakut hantu tido dalam NUR yang sangat-sangat terang..maka naiklah bil masing-masing..TNB jugak untung huhuh....
Sbenarnya byk lg sbb hantu kacau org antaranya sbb buatan orang, sbb kacau tempat tido dia..sbb terkencing kt umah dia, sbb terbunuh anak dia, sbb dia suka kt org tu sbb org tu cantik dan hensem. eh mcm aku je..mintak dijauhkan..huhu...dan sebab yang aku tulis kt atas nie plak dlm entry aku ni sbb saje suka2 hehehe...syok sendiri hehe...



                                                          **********************


                                                 

50) Berita Yg Ssh Dipercayai

Ok so entry kali ni kita try untk bincang ttg maklumat yg boleh di anggap sebagai Palsu,ataupon maklumat ni boleh membantu kita anyway thanks to sape yg Cube nk tolong ni, ni contoh ayat yg ssh nk dipercayai. 

Peringatan: Sesiapa yg tgh makan/lepak berbual di MCD,KFC,dan di mana sahaja..Berhati-hati kerana ada seseorang lelaki/perempuan yg bukan Islam dtg ke arah kita..dan meletakkan 1 Kad yg bertuliskan sesuatu..Dia meminta kita membacakan kad tersebut..AWAS,JANGAN BACA KAD ITU KERANA MEREKA INGIN MENYERU KITA AGAR MENJADI MURTAD(Islam ke Kristian) !!! Tolong copy&paste dan memberitahu kepada kawan2 Islam yang lain agar berhati-hati kerana hal ini sedang berleluasa berlaku..
kalau korang sayang keluarga atau org tersayang...sebarkan lawh yer



ayat ni salah satu yang zaim copy dkt facebook !! mmg ssh nk pecaye ! tapi tak tahu la pulak kalau info ni betul..

                           ********

      

49) Fashion dan Nama2 Tudung ( Hijab)

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.

     
2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.



                                             
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...



                                     
  4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.        


                                           
Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim] heheh bukan main2 tau ni betul-betul punye.


  5. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)

                                        
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
*****

Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. 

48) Khasiat memakan Petai

Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun campuran dalam masakan lain seperti sambal tumis udang atau bilis dan sebagainya, membuatkan peminat-peminat petai berasa lapar. Entah kenapa perut dengan tiba-tiba berasa kosong, lalu segera mencapai pinggan dan mencedok nasi untuk menjamu selera. Kesedapan petai membuatkan orang tidak mempedulikan kesan sampingannya.




Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut tak best itu, petai mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi.

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik.

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang





Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung. Penulis masih ingat ketika zaman kanak-kanak, penulis dan rakan-rakan gemar makan petai belalang (dimakan secara mentah). Maklumlah, dasar kampungan, kalau tidak buah-buah kayu yang lain, petai belalanglah yang kami baham. Zaman sekarang ni kanak-kanak banyak makan “snek” yang buat di kilang-kilang. Aktiviti pun sangat berbeza, kanak-kanak sekarang main Playstation dan game komputer. Zaman penulis & da-gang dahulu, kami panjat sana, panjat sini, masuk hutan, mandi tali air, tangkap ikan di bendang dan macam-macam. Woops! Maaf, sedikit terkeluar dari topik.

Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.