85) MEMASAK

AKU SUKA BAKING ! COOKING !

Harini aku rajin menulis
jadinya meh kite kongsi2 resipi hehe
Cam sernok je dpt share recipe kite masak ni kan ?
So orang lain boleh cuba

spaghetti carbonara

Tapi Guys sebelum tu, aq nak explain dulu yang
aku buat paling simple , mudah dan kenyang..

BAHAN - BAHAN
  • Bawang putih a.k.a Garlic
  • Isi ayam / daging cincang / hot dog (ikut cita rasa engkau orang la !just act as protein je nnti dlm dish)
  • cheese mozzarella / parmesan / cheese cheddar
  • Butter
  • pasta 
  • Susu segar 
  • prego carbonara
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering
CARA-CARA
  1. Rebus pasta banyak mana yang nak . 
  2. Panaskan korang punya vision ke or whatever yang korang pakai, letak butter dan cairkan lepas tu tumis sekali bawang2 tadi sampai naik bau
  3. Masukkan sos prego yang bersesuaian dengan kuantiti pasta dimasak tadi
  4. tambahkan susu segar (jangan banyak sangat kalau nak sos prego pekat )
  5. Letak gula garam / black paper secukup rasa, korg rasa then tmbah lg ape yg kurang
  6. last sekali masukan pasta dalam kuah tadi dan masak dalam 5 miinit lagi
Siap la, boleh menjamu selera, resipi ni boleh jugak buat kalau tadak sos prego, aku pernah buat. sedap je rasa dia..cuma kena bagi creamy la dah sos prego takda kan. Simple je kan ? cpt buat dan kenyang.. sesuai jugak untuk supper

VANILLA CAKE ( BUTTER CAKE ) 

Aku jumpa resipi ni dekat Blog ni , aku try then bila siap dihidangkan..satu family habis whole cake tu ! tak sedap lg ke ? memang sedap la.. simple je nak buat cume step step tu kena buat betul2, nnti bru la masuk dalam mulut cam cair je kan.. Okay ni resipinye..

Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan  
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) 
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak 
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract

Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.

Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. 

Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.




Biarkan di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.







Nota:
Kalau nampak bahagian atas kek sudah keperangan, boleh kurangkan suhu oven atau boleh juga dilapik dengan aluminium foil

KEK GULA HANGUS A.K.A SARANG SEMUT

Resipi ni pon aku ambil dari blog dia ni  ( klik sini ) , first time semalam aku cube. Alhamdulillah memang menjadi, tpi sarang dia tak jadi sangat pon, dan salah aku la sbb tak biar bancuhan gula tu betul betul sejuk dulu, rasa dia tu yang memang betul betul powerr ! betul betul kaww lahh ! ..itu yg aq terpukau untuk berkongsi dengan korang semua resipi ni..


Bahan - Bahan :

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Butter ( unsalted )
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Tepung Gandum Di ayak
2 tsp Soda Bikarbornat Di ayak
1 tsp Essen Vanilla

Cara Penyediaan :-

1) Goreng Gula tanpa Minyak dengan Api dapur sederhana kecil , Sehingga Cair.
2) Masukkan Air Panas, Gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yg belum cair.
3) Masukkan Mentega, dan gaul sebati. Tutup Api dan Biarkan seketika.
-----
4) Pukul Telur Hingga Kembang
5) Kemudian masukkan Susu Pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan Tepung dan Soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan Gaul hingga sebati.
-----
8) Kemudian masukkan Gula Hangus tadi ke dalam bancuhan Tepung dan gaul sebati.
9) Perap adunan ini slame 3-4 jam (bertutup)bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c

Nota :
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan butter & letak kertas minyak pada bekas yg di gunakan untuk bakar or kukus.

Selamat Mencuba


Tips; untuk dptkan sarang yg cantik, makesure air gula tu betul betul sejuk.
Aku memasak ni semua ni, inspirasi daripada MasterChef la ni haha..


84) Aktiviti Lepas SPM

AKTIVITI-AKTIVITINYA

Dengar Cam Menarik je kan ?

Macam aku syok sendiri je tulis aktiviti ni haa haha
Lepas SPM nak buat ape lagi kan selain Ambil driving liscene
Aktiviti2 dia :

1) Stay up malam-malam sampai Mata jadi PANDA (@_@)
2)  Lepas Solat subuh tido sampai terbabas ke tengahari
3) BACA news feed dekat Facebook 100x ( add fb aq Zaim Areim )
4) Memasak ! ingat aku tak reti ? haha..
5) Jadi Baby Sister (anak kakak aq)
6) Tengok movie free dekat ( free watch movie tau ! Klik dekat SINI kalau nak tengok movie gak )

Sementara Nak lapor diri dkt PLKN,
ni la aktiviti2 yg aq buat..
aq ni bakal pelatih PLKN siri 11 tahun 2014 kumpulan 1 pulak itu
ditempatkan di Kem Lagenda Sri Langkawi
korang nak tengok gambar kem dia ? nah..
katanya ni dewan makan




Aku DWNLD gmbar2 tu semua dekat KEM PLKN

83) Bekas Pelajar

                         BEKAS PELAJAR SEKOLAH 

Secara Rasminya

 Sekarang secara rasminya aku dah bukan lagi pelajar sekolah.
First and Foremost,
aku tak perlu bangun awal lg untuk ngadap water heater ! =='

then Assembly la..class Early Bird bagai..
jalankn tugas sebagai Prefect untuk naikan Bendera during assembly semasa lagu Negaraku dinyanyikan,


 **
Semua tu dah jadi Memori..
itulah lumrah hidup kan ?

for those yg dh lepas SPM..sure lalui fasa ini jugak an ?
Banyak sweeT Memori aq dpt tahun ni..

10 MARCH 2013 (kawan2 celebrate birthday aku , penuh tepung kawan2 kerjekan )

They will be in my heart

Pinjam Lampu motor kawan jap kan ? HIHI
Anugerah Cemerlang bersama YAB Puteri Yang di-Pertuan Agong


Ini lah Ibu aku ! , the one who never knows the meaning of gave up to stay supporting me in everything.. =) <3 and the one i Love..
Tapi ..di Apakah aktiviti2 aku selepas SPM ni sebelum wujudnya result SPM ?

81 ) KERJA KRUSUS PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3

KERTAS 3 2013
SMK DATO SYED OMAR
MUHAMMAD ZAIM BIN ZULKIPLI

Calon SPM 2013
Di Sini Saya Upload Contoh kerja krusus yang telah saya laksanakan . Harap dapat membantu anda semua untuk menjawab kertas tiga pada Tahun 2013.