87) CERPEN CHERMIN coretan M.Zaim

 Cara aku berfikir dan bermain agak berlainan daripada kanak – kanak biasa, bukan bermaksud aku kurang upaya, Namun hanya cara pemikiran aku agaknya. Saban petang aku keluar bermain berasama rakan . Bermain sorok – sorok , tuju kasut , berkongsi cerita rekaan (kebanyakannya kisah seram yang hanya direka semata mata ) , main pondok – pondok dan zero point.
   Aku seorang lelaki ., tapi majioriti peratus jantina sahabat ku ialah perempuan. Pulang saja ke rumah setelah tamat waktu persekolahan, akan tiba suatu masa lapang yang ku gunakan untuk lakukan apa sahaja pekara yang terlintas di hati ku. Kebetulan sahaja kami baru berpindah ke sebuah rumah sewa yang baru, rumah kembar berlaman.  Penyewa yang terdahulu turut meninggalkan beberapa barang lama dan buruk seperti almari terpakai, peti sejuk terpakai serta berbau, penghawa dingin yang sudah musnah , cermin – cermin , dan alat2 besi yang serperti tombak di dalam bilik stor yang terletak nun jauh di belakang, bersebelah dapur dan pintu belakang yang kedua.
  Agak kecewa dengan sikap penyewa yang lepas dengan sikap lepas tangannya dengan meninggalkan barang – barang tersebut sebegitu sahaja. Manfaatkan waktu terluang aku, aku sering kali mengkaji barang- barang yang ditinggalkan itu. Walaubagaimainapun, terdapat 3 serangkai cermin yang sentiasa menarik perhatian aku. Cermin yang berbingkai plastic keemasan. Menjadi tarikan ku. Ukiran yang unik di kelilinginnya. Pada Hujung minggu, sedang ibu ku leka masak di dapur, ayah ku sibuk memperbaiki KOmputer riba rakan kerjanya, aku membuat keputusan untuk meletak ketiga tiga bingkai cermin tersebut di ruang tamu . Bagi sudut padangan mataku, aku telah menghiasi ruang tamu rumahku dengan cantik hanya dengan terletaknya cermin di situ.
  Pada Malamnya, aku masuk bilik untuk hanya berehat sehingalah terlanjur tidur ke subuh manakala ibu ku masih berjaga untuk mengemas bilik kakak agar dapat menyambut kepulangan kakak daripada menara gading UITM Shah Alam ( cuti semester ) pada besok hari. Setiap Kali ibuku lalu di hadapa 3 cermin serangkai yang diletakkan oleh ku di ruang tamu akan timbul rasa kurang senang. Pada Mulanya ibu tidak bertanggap apa- apa pada cermin itu, namun pekara itu terus berlaku setiap kali lalu di hadapan cermin itu. Maka bermulalah berbagai persoalan bermain di kotak fikiran ibuku pada malam itu.
  Subuh aku dikejutkan oleh ibuku dengan tegasnya, bangun sahaja jasad ku dari katil, sedas tembakan dari mulut ibuku yang hanya ku dengar dengan jelas ‘ UBAH UBAH UBAH UBAH UBAHHH’ . Tanpa penjelasan, sudah ku teka ia berkenaan CERMIN yang aku hiasi ruang tamu.  Namun sebagai kepastian, aku masih minta penjelasaan dari ibuku berkenaan dengan perkataan – perkataan yang dilontarkan tadi.
terbukti benar, tentang cermin itulah yang ibu maksudkan. Pada pagi hujung minggu itu juga aku bergegas alihkan ketiga – tiga cermin itu masuk ke bilik tidur kan, dengan tempatkannya berhadapan katil aku. Aku tersenyum melihatnya, di saat itu aku seolah – olah tidak menyedari tindakan aku yang tersenyum melihat cermin , bukannya tersenyum kerana melihat imejku di dalam pantulan cermin itu.
   Sudah jadi hobiku bercakap – cakap di hadapan kipas angin kerana gelombang suara yang melalui bilah kipas tersebut menghasilkan audio yang menarik, dan aku yakin hobi ini juga sudah jadi kegemaran kanak – kanak yang lain semasa usia ku. Amalan itu telah aku ubah caranya dengan melaksanakan di hadapan cermin. Aku suka bercakap – cakap di hadapan cermin itu, aku dapat merasakan seperti bercakap di khalayak ramai. Pelbagai topic telah ku bicarakan di hadapannya. Kadang kala jikalau aku ingin berkongsi perasaan, aku turut luahkan di hadapan cermin itu. Ketika itu, belum lagi aku sedar bahawa tindakan aku itu telah pon menjadi pelik, kerana cermin itu bukanlah menda hidup  mahupun bernyawa, hanyalah pantulan diriku sahaja.
   Beberapa Hari kemudian, aku dikhabarkan dengan berita kematian saudara lelaki Belah keluarga Ibuku. Pada masa itu juga kami bertolak dari Sungai Petani untuk menghala ke Perlis bagi mengunjungi Jenazah . 
 ( SAMBUNGAN ) mohon/ sila agar pembaca tinggalkan komen untuk ketahui lanjutan cerita ini jika menarik.